Showing posts with label events. Show all posts
Showing posts with label events. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

Wings Rockestra 2013

date: 30/4/13
venue: istana budaya


guess what?


~yes i was here.. weeeehuuuuu~


WOW! WOW! WOW!

tu je yang mampu aku cakap.. totally speechless.. memang superb gila! the music arrangements for all the songs they played were brilliantly beautiful.. masa yang berlalu tak terasa.. tiba2 je dah habis..

actually aku sangat suka rock yang ada element orkestra.. tak kisah la instrument dia banyak ke sikit ke.. janji ada.. contoh macam lagu "only one" nyanyian Yellowcard ada bunyi violin je.. tapi dah cukup untuk jadi penambah perisa, menggegar jiwa yang mendengar..

persembahan malam tu, wings ada invite dua orang gitaris tahap legend; hillary ang dan ian antono.. hillary ang dah biasa dengar dia main tapi aku baru berkenalan dengan ian antono malam tu.. ya, dia main gitar memang tahap audience ternganga.. hebat siot.. walhal umur dia dah 60-an.. dia adalah antara pemain gitar tersohor di indonesia, juga dikenali sebagai gitaris rock pertama di sana..

tapi joe pun main superb jugak! memang dah layak jadi legend dah pun dia.. serius hebat gila.. aku tak jadi tengok orang lain bila dia tengah goreng gitar dia.. layan habis!

awie pulak memang suara superb! walaupun ada la high note yang dulu masa muda dia boleh sampai sekarang dah tak (dia sendiri mengaku ok.. satu hall gelak.. hehe), tapi overall memang best! tak jadi nyanyi bila dengar suara dia.. nak concentrate dengar suara dia je.. puas hati betul boleh dengar dia nyanyi live.. bagi aku, awie adalah antara vokalis yang genius.. dia ada kebolehan macam mana nak hidupkan lagu, sampaikan jiwa lagu tersebut kepada audience dengan tepat.. memang layan!


~kenangan terhebat bila dapat berborak sekejap dengan abang joe.. dia memang sangat sporting! cayalah bang! ~


~gambar atas: kalau nak signature kena beli buku ni.. nasib baik ada kawan yang dah pergi show malam sebelum tu.. dia yang bagitahu so aku beli awal2 sebelum show bermula ~gambar bawah: merchandise kenangan ^_^ ~


~ada banyak big bike tersusun kat lobi istana budaya tapi aku tak tangkap semua la sebab yang aku concentrate kat motor merah tu je.. yang lain tak pandang dah.. ekeke~


once a rock chick, always a rock chick *grinear2ear

Monday, December 10, 2012

aku suka pergi stadium tengok bola

selalunya aku pergi sebab sokong national team.. pergi dengan geng Team Malaysia.. kalau pergi sendiri alamatnya jadi macam yang pernah aku cerita sebelum ni.. so baik aku pergi dengan diorang.. pergi balik naik bas.. tak payah fikir susah2..

kenapa aku suka pergi stadium?


sebab #1:
ada peluang tengok player dari dekat!! ohsem betul perasaan bila dapat tengok diorang beraksi..


~tengah warming up [photo credit: Karim Kasmuthy]~


 ~mat yo! the sexiest footballer in human history.. eh ter-exxagerate pulak.. ekeke [photo credit: Karim Kasmuthy]~


 ~badrol bakhtiar [photo credit: Karim Kasmuthy]~


~rita aidil [photo credit: Karim Kasmuthy]~


sebab #2
boleh meluahkan rasa patriotik kat sini.. kibar bendera Malaysia dengan perasaan megah.. nyanyi lagu Negaraku dan lagu2 patriotik yang lain kuat2 dengan perasaan bangga..

dulu nak jadi askar mak tak bagi.. jadi penyokong Team Malaysia pun boleh laa.. ekekeke..



~gambar sebelum feeling patriotik.. sebab bila dah feel muka jadi serius (konon! hahaha) [photo credit: Karim Kasmuthy]~


sebab #3
bila dengar lagu Negaraku dinyanyikan oleh seluruh penonton, feel dia lain macam.. dengar gema suara cukup buat bulu2 roma semua naik.. pastu terasa adrenaline rush..

masa ni kalau Rajagopal panggil turun padang suruh main pun aku sanggup.. padahal naik tangga setingkat pun dah lenguh kaki.. experience setakat main futsal.. ekekeke..



~ultras malaya is chanting their cheers [photo credit: Karim Kasmuthy]~


~penuh! bayangkan beribu2 manusia ni menyanyikan lagu Negaraku dalam stadium.. memang lain macam feel dia [photo credit: Karim Kasmuthy]~


sebab #4
bila team kita gol, boleh jerit2 lompat2 sepuas hati.. takde siapa nak marah.. tak perlu malu2.. sebab semua orang pun buat..

kalau buat gaya gini kat rumah or kedai mamak, memang orang chop ko poyo der.. hahaha.. eh aku la tu chop orang gitu.. ekekeke..


sebab #5
ramai lelaki hensem weh!! puas cuci mata kat sini.. kat sini la baru aku percaya lelaki hensem dan tinggi masih wujud di Malaysia.. hikhik..

eh gambar sample takde ya harap maklum.. aku bukan stalker.. haruslah aku buat muka bajet jual mahal walaupun mata suka sakan tengok diorang kaan.. ekeke..


sebab #6
ada peluang muka keluar paper weh! cas retis gitu.. boleh la bajet one-day-famous sebelum later on terjumpa muka aku kat nasi lemak.. tu pun nasib baik la buat balut nasi lemak kaan.. tu belum lagi apek (bukan nama sebenar) guna buat lap tuuuttt.. ok sila jangan teruskan.. next!


~close up weh! ko hado? ekeke.. [metro 29 November 2012 m/s 91]~


~atau mungkin ramai2 begini.. lalu muka bertukar menjadi penumbuk T_T [berita harian & kosmo 10 Disember 2012.. ihsan gambar: geng Team Malaysia]


sekian.. wassalam.

Sunday, September 16, 2012

hari ini dalam sejarah

date: 13th Sept '12


suatu hari di waktu jamuan hari raya di ofis, aku telah mengambil keputusan untuk mencabar diri sendiri.. keputusan ini dibuat atas alasan untuk mengatasi masalah stage fright.. katanya laa~~~


~Pertandingan Karaoke.. lagu; Indahnya Beraya Di Desa by Azlina Aziz.. siap audience (MC of the event actually) bagi bunga gituh.. there was a story behind it which i'd rather keep it offline.. ehehehh~


kelakar sangat okeh.. aku nervous tahap suara pun tak terkeluar.. sabar je la.. cuba lagi? buat masa sekarang all i can think of is NEVER!!! hahahahhahhahahaha......

tak cukup dengan itu je sesi memalukan diri sendiri, secara tak semena-mena nama naik jadi finalist Female Best Dressed!


~muka macam tu sebab dah penat senyum.. patut la kalah.. hahaha... yang menang untuk kategori female is kakak gojes yang pakai baju purple tu.. kakak tu memang hari2 biasa pun dia gojes so kalah dengan dia memang tak kisah la.. lagipun dia adalah idola okeh.. ekekeke.. untuk kategori lelaki adalah yang the guy in yellow~


hari ini memang tersangat dalam sejarah.

sekian.

Sunday, August 12, 2012

misi aiskrim BR free

date: 8/8/12


sebelum misi tersebut dijalankan, aku dan rakan2 seperjuangan menikmati juadah berbuaka puasa di ofis..

menu; nasi arab kambing dari restoran syed, bangsar.. fuuhh terbaik!!


~daging kambing yang sangat lembut! kuantiti nasi yang banyak tetap dihabiskan.. saiz diameter perut yang bertambah dua inci seinci tetap tidak menghalang "misi aiskrim BR free" dijalankan~


~makan dalam bilik meeting VP.. kau hado?? ekeke.. yang tengah2 tu bday boy.. celebrate sekali bday dia la kiranya~


aku dan rakan seperjuangan tiba di target location dalam pukul 9pm..


~hamek kau line panjang gila sampai ke luar jalan! nasib baik BR kat bangsar jalan telawi ni sangat sistematik.. walaupun line panjang tapi tunggu setakat 15 minit je.. aku dengar cerita kat tempat lain sampai sejam! masa aku sampai ni, menurut pekerja BR tu, the first allocation for 500 customers dah habis.. kiranya aku adalah termasuk dalam second allocation for another 500 customers.. i was like, "WOW".. tu je yang mampu terluahkan~


~i chose total eclipse of the heart flavour~



~raya lagi berapa hari je wehh! cepat betul masa berlalu.........

Sunday, March 18, 2012

weddings & cendol

kepada siti & dayana,

big congrats to both of you! selamat membuka lembaran baru dalam hidup korang.. and share the same anniversary date! nanti boleh celebrate sama2 ek.. ekekeke..


 ~siti & aril.. majlis akad nikah 10/3/12.. majlis bersanding bulan 5.. tarikh belum tau lagi~


~dayana & najib.. majlis bersanding 11/3/12.. majlis akad nikah 10/3/12~


dua2 pun lecturer kat PUO.. elok la tu.. apa lagi yang korang nak sama lepas ni? meh aku tolong jot down kan.. hikhik..

balik ipoh kalau tak pekena cendol memang tak sah!! dua hari berturut2 makan cendol.. sekali makan sampai 2 bungkus! terbaeekkk...


~tak tau kenapa tapi memang tak sama la rasa cendol kat ipoh dengan KL/Selangor~


hmmm... there's no place like ipoh.. ahaks ^___-

Monday, October 10, 2011

to mun and dila, happy birthday dearies

date: 2/10/10


a little picnic in taman tasik titiwangsa for a simple birthday celebration.. dalam kepala dah bajet nak bentang tikar atas rumput.. lepas makan sampai kenyang boleh baring2 sambil main UNO card tapi....................

hujan turun lebat gila.

terpaksa la buat kat one of the pondok kat situ..

anyway dearies mun and dila, happy birthday.. may you live in happiness and blessings from Allah.. amin.




~permainan kad UNO tetap diteruskan walaupun tanpa berbaring-baringan di atas rumput nan hijau~

Sunday, October 9, 2011

konsert aizat di dewan filharmonik petronas

date: 3/10/10


konsert aizat kali ni aku berkesempatan jugak untuk pergi.. ingatkan dah takde rezeki sebab tiket sold out! nasib baik dia open upper circle so dapat la beli tiket dengan harga less than the initial batch.. alhamdulillah rezeki lagi nak attend konsert aizat ni..

konsert kali ni agak kurang santai berbanding kat bentley auditorium dulu.. maybe buat kat dfp so ada jugak la terasa formalitinya.. tapi aizat tetap cool.. pandai dia ajak penonton scream, sing and clap along with his songs..

suka semua lagu yang dia mainkan.. but for me, my favourite songs of the night were "Hanya kau yang mampu" dan "Senyumlah Kuala Lumpur".. he sang Hanya Kau Yang Mampu with only the piano.. marvellous giler!! touching sampai rasa nak nangis.. Senyumlah Kuala Lumpur was rearranged from the original song sang by Alleycats.. tak terasa pun lagu tu lagu lama sebab arrangement dia buat lagu tu in trend and sangat segar.. two thumbs up!

kesimpulannya, aizat memang best! hehe..


 ~with aizat after the concert~


~with anas amdan~

Sunday, October 2, 2011

syawal 2011

since syawal baru je pergi meninggalkan kita, nak cerita serba sikit la pasal suasana raya sepanjang bulan syawal tahun ni..


~menu utama untuk tetamu; mee rebus resipi pn faizah.. lagi sedap dari mee rebus ramli.. kali ni memang habis tak sempat bawak ke shah alam.. so orang ipoh je la yang sempat rasa.. hehe.. menu wajib sejak 3-4 tahun yang lepas.. mak kata nak tukar menu lain pulak tahun depan.. tapi kalau abah kata nak jugak mee rebus memang tak dapatnya la nak tukar.. ehehe~


~orang surau datang takbir dari rumah ke rumah pada malam sebelum raya.. memang dah jadi adat kat kampung ni.. every year orang surau tak pernah miss datang ke rumah untuk takbir raya.. kepada para calon, sila bersedia untuk join team surau takbir raya ya.. wajib!~


~semasa sesi jalan2 beraya ke rumah jiran2 yang berdekatan.. setiap kali lepas solat raya, lepas salam2 dengan family kat rumah, terus pergi rumah jiran2 beraya.. then baru balik kampung jumpa opah~


~hari kedua raya, melawat kakak abah; makcik umi kat batu gajah.. kalau nak tau, ini lah owner kicap brand "mesra pak abu".. pakcik abu tu laki makcik umi la.. kicap ni famous kat batu gajah je.. perusahaan kecil2an kat rumah je~


~open house kat rumah ex-boss di subang.. first time sampai kat rumah dia.. tahun lepas tak dapat datang sebab clash; event open house kami sama tarikh.. hehe~


~open house kat rumah kak hanim di ulu yam.. haruslah gambar makanan yang paling besar kaan.. ehehe.. kagum sebab dia hidang makanan lauk tengahari siap ada pucuk ubi lagi.. kelas gitew.. selain dari tu ada mee dan bihun untuk makan dengan sup tulang.. ye kawan2 sup tulang.. bubur pun ada jugak.. kalau ada award untuk the best open house, rumah kak hanim la yang menang tahun ni.. hikhik~


~yang ni bukan open house tapi memang dah janji dengan kak icha nak datang rumah dia.. tujuan sebenar adalah nak makan the famous satay hut kat kuala selangor.. to be precise, tanjung karang la kot.. sebelum gerak ke sana, makan dulu dessert hasil tangan kak icha yang menang the best dessert kat sekolah tempat dia mengajar.. sedap wooh.. siyes boleh jual!~


~sate kat satay hut memang terbaik! ada 2 saiz sate; kecil dan besar.. saiz kecil adalah normal saiz sebenarnya.. sama besar dengan the famous sate hj samuri.. so aku pun tak boleh la nak bayangkan saiz besar dia besar mana.. makan lima cucuk pun dah cukup kot.. ABC dia pun special.. memang puas hati makan kat sini.. recommended!~


next is suasana sambutan raya di ofis.. the whole division buat pada masa yang sama di ofis deparment masing2.. konsepnya adalah jalan2 beraya dari ofis ke ofis.. nice idea sebab masa ni la kitorang boleh ambil kesempatan melawat ofis kawan2 dari department yang lain kan.. tapi rasa macam nak cut cost pun ada jugak.. errkk...

takpe la.. meriah dalam kesederhanaan...


~the kewl peeps~



~the desserts were brought by the kewl peeps.. macam2 ada! tapi for me, the best dessert is pavlova, as in the center of the picture.. home-made by hanida.. gebu2 sama macam chefnya.. nyumnyum~


~the main menu; nasi putih & nasi hujan panas, ayam masak merah, kari daging, jelatah.. selain tu ada bakso, soto, spaghetti goreng, lemang, rendang ayam dan laksam..


~antara suasana sambutan raya di ofis department yang lain~


seterusnya adalah jamuan raya company...


~anatara the kewl peeps yang join the jamuan~


antara artis yang datang...


~A.G sebagai hos~


~usop wilcha pun sebagai hos~


~boyband ala2 k-pop; forteen dan ika mentor.. dua2 dari KRU studios, promote lagu baru diorang.. ika mentor tu siyes aku tak kenal.. forteen tu aku kenal lagu je.. memang aku suka lagu diorang; berdua bersatu~


forteen memang kiut.. especially mamat ni...


~kiut gileeeerrrrr okeh.. tapi aku pun tak pasti nama dia apa.. hahahaha.. pose special for my camera.. dia tau aku tengah focus lens aku kat dia kot.. bahahahhahahahhaha~


actually banyak lagi open house yang lain yang aku pergi tapi tak tangkap gambar.. biasa la kalau dah nampak makanan memang malaaaassss nak tangkap gambar.. hehehh.. tapi rasanya tahun ni paling banyak open house yang aku pergi.. hampir semua invitation aku pergi.. gila beraya sakan.. la ni dok pikir lagu mana nak kempiskan perut yang dah makin boyot nih.. adehhh...

lebih kurang macam tu je la pun sambutan raya tahun ni.. takde pun baju baru.. pakai baju yang sama je masa kenduri nurul hari tu.. baju baru pakai masa jamuan raya ofis je.. baju dah siap tapi aku yang tak sempat ambil since kena outstation.. balik dari kuching terus balik ipoh.. mana sempat nak singgah ambil baju kat klang..

anyway, kepada semua tuan rumah sekalian, terima kasih banyak2 diucapkan di atas jemputan dan makan minum yang korang sediakan.. sedap2 belaka.. terima kasih buat kak lisa, kak hanim, kak mala, kak pija, kak shima, mami, farah budak custcare, kawan dila, ain and last but not least, kak icha.. jangan serik ajak datang rumah lagi yek.. hehe..

^_____^

Friday, September 16, 2011

the girls of my favourite

that night..

will always be remembered..

as one of the happiest night in my life..

surrounded by the girls..

jokes, stories, gossips, news; were shared..

laughters, smiles, frowned heads, the "demo", the oohs and aahhs..

and also the food.. yeah, good food brings great smiles ^____^



~homemade; spaghetti carbonara with meatball and pizza.. thanks alang! yummyyy~




no matter how far you are, you are always near to my heart..

my favourite people.



~more pictures here.

Wednesday, September 14, 2011

konsert yuna di dewan filharmonik petronas

date: 13/9/11
venue: dewan filharmonik petronas


that morning, i was late to the office because i took a longer time than i thought just to decide what to wear! hahaha.. poyo gila.. excited sangat kot.. i was undecided between nak bawak baju lain then change at the office before off to the concert, or pakai je terus baju tu the whole day..

i picked the second plan.. senang, tak payah bawak banyak2 barang..

but as the result, semua orang dok tegur aku pakai frilly skirt.. like, so not me! demmit.

anyway, yuna was AWESOME!!! dengar dia nyanyi 2 jam live memang tak cukup.. rasa macam nak bawak dia balik rumah dan suruh dia nyanyi live sepanjang masa.. hikhikhik..

for me, she is a very talented musician.. she not just knows to compose songs but also how to sing.. listening to her singing last night, i realised how she has improved in controlling her voice compared to two years ago.. yeah, i did watch her singing live once when she was invited to perform in mocca's show in shah alam.. masa tu dengar dia nyanyi pun dah rasa awesome gila.. semalam pulak dengar dia nyanyi with improved singing technique, so bayangkan la the awesomeness tu macam mana.. tak terkata beb!


~this was yuna back then, 2 years ago.. she was just finishing her final semester~


~this is yuna now.. from small shows to as gempak as a concert in dewan filharmonik petronas.. a huge difference in just 2 years time! ~


~her bandmates.. yang aku ingat paling kiri; pa'an the guitarist & paling kanan; adil the drummer.. while introducing her bandmates, yuna told us pa'an is actually the third fan she added in her myspace.. kewl~


~of course la bf dia datang sekali kaann.. hikhik.. the handsome kewl qi~



~got her autograph on the lyrics booklet and the ticket! *lovelovelove*~


a legend in the making.. the beauty of a gem is meant to be shared.. thus, i hope the world will listen to her music and appreciate her talent..

dear yuna, good luck! b(^___^)d