aku teringat satu buku yang pernah aku baca.. kisah riwayat rabi'atul adawiyah.. penulis ada beri gambaran tentang suasana kota baghdad yang masa tu penuh dengan cendekiawan.. kota baghdad menjadi tumpuan sebab ia juga digelar kota ilmu..
aku tertarik dengan kehidupan masa tu yang rata2 semua orang mencintai dan dahagakan ilmu.. majlis ilmu masa tu aku bayangkan penuhnya macam konsert la kot.. lagaknya mungkin penuh sampai keluar stadium.. sesi perbincangan ilmu juga sering diadakan.. sekiranya tiada kesimpulan dibuat, atau tiada jawapan bagi sesuatu kemusykilan, mereka akan rujuk kepada guru-guru yang lebih dalam ilmunya.. mereka saling menghormati.. yang salah dibetulkan dengan penuh hikmah.. yang ditegur menerima dengan hati dan minda yang terbuka.. penuh adab dan sopan..
semuanya atas dasar kecintaan kepada ilmu.. kerana hanya dengan ilmu kita dapat mengenal islam dan seterusnya mengenal Allah..
penulis cuma memberi sedikit gambaran.. tapi berjaya meninggalkan kesan pada diri ini.. selalu aku bayangkan suasana di zaman itu.. sesuatu yang aku teringin saksikan sendiri..
sayangnya, ia adalah sesuatu yang mustahil terjadi di masa kini.
No comments:
Post a Comment