Friday, April 11, 2014

ori or pirate?

kecoh betol lately dengan isu tudung Fareeda ni.. masa baca balasan komen Mawar, aku tersentap jugak.. gaya perkataannya macam menampakkan dia sombong atau berlagak.. cara jawapan tentang isu syariah compliance pada tudung keluaran mereka pun kurang tepat..

mungkin betul kata mazidul.. hire professional PR untuk menjawab isu begini.. itu lebih baik..

aku bukan peminat tudung fesyen begitu.. aku lebih suka shawl.. lebih syariah compliance dan lebih senang digayakan ikut tema berlainan walaupun guna shawl yang sama.. lebih praktikal, lebih murah..

bagi aku, tak salah pun nak beli tudung atau barangan lain yang mahal.. tapi biar berpada ikut kemampuan.. jangan nanti terbelit hutang hanya untuk mengejar fesyen dan trend terkini.. nanti luaran je cantik tapi muka keruh dahi berkerut fikirkan hutang.. tak berbaloi beb..

kadang2 elok jugak ada barangan pirate.. boleh jugak bagi peluang orang2 yang kurang berkemampuan (atau mampu tapi nak berjimat?) pakai barangan yang kurang sedikit sama dengan yang original.. semua orang pun nak nampak cantik kan?

semua orang pun tau kualiti barangan pirate tak setanding barangan original.. malah ada yang menawarkan waranti jangka panjang yang bila difikirkan memang terasa menang memakai.. jadi tak perlulah kot melenting nyaring.. hanya orang yang pandai menilai kualiti akan menjadi dan tetap terus setia sebagai pembeli barangan original.. tak perlulah takut.. mungkin Fareeda boleh belajar dari syarikat yang lebih berpengalaman untuk menghadapi masalah ini..

apa2 pun, berfesyen perlu bijak.. style sendiri lebih penting dari mengikut trend.. yang penting jangan bongkak k..

cheers!

No comments: