Sunday, February 13, 2011

susulan Cerita Rama-Rama

sesungguhnya, ilham datang secara tak diduga.. muncul tanpa mengira tempat dan masa.. dan selalunya ilham jua datang apabila ada sesuatu yang menjadi pencetusnya..

baru perasan cerita sebelum ini diolah seakan2 sasterawan ini..

ya aku mengaku (tanpa malu -_-" ).. tanpa sedar cerita itu digarap sebegitu.. nampak sangat idea konsep beliau telah menyerap masuk terus melekat di benak..

mungkin aku pun berada di situasi yang sama.. mahu bercerita tetapi tidak mahu terlalu menonjol jolokan watak dan pentas dramanya.. lantas susunan kata cerita menjadi suatu yang sinis.. pada yang terasa, maaf dipohon (sambil tangan letak di dada)..

cerita itu aku tulis sekadar penceritaan situasi.. sehabis mungkin aku tulis tanpa bias.. tak mahu berpihak kepada mana2 watak pelakonnya.. terpulang kepada pembacanya sendiri mahu mentafsir dan menghitungnya sendiri.. jadi aku mengambil keputusan untuk tidak membalas komen2 di entry tersebut..

dan ya, ianya cerita benar.

2 comments:

akainkin said...

cant waiting 4 d next story.. :)

whitelilies island said...

in coming.. dlm progress ;P