Wednesday, March 2, 2011

tentang keikhlasan

curi masa kejap to update.. serius rindu dan sangat gatal tangan untuk menulis.. Hehe..

Saya pernah janji nak share di sini apa yang saya baca baru2 ini.. Dari novel sejarah srikandi islam: Rabiatul Adawiyah perindu cinta abadi..

"jelaskan kepada kami wahai rabiah, mengikut pandangan kamu apakah maksudnya sebuah keikhlasan itu?"

"manusia yang masih ada ingatan berkenaan ujian Allah pada diri mereka, bukanlah seorang muslim yang baik. Yang terbaik adalah apabila diri mereka ditimpa musibah maka mereka lupa segala-galanya. Bagaikan wanita-wanita mesir yang terhiris jari-jemari pada saat terpandang Nabi Yusuf AS." [m/s 199]

maksudnya di sini, sekiranya kita ditimpa dugaan dalam hidup ini, kita tahu ianya datang dari Allah.. Maka jika mahu ikhlas menyintai Allah, tingkatkan redha kita sehinggakan kita lupa yang kita pernah ditimpa dugaan tersebut..

Kalau kita selalu memaafkan orang2 yang kita sayang, walupun telah berkali-kali melukakan hati kita, takkan dengan Allah tak boleh kot kan? Macam tu la pendek katanya..

"alangkah hinanya seorang hamba itu jika beribadah kepada Allah hanya kerana mahukan syurga dan dijauhkan daripada api neraka."

"saya menyembah Allah hanya kerana mengharap keredhaanNya. Nikmat dan pemberiannya sudah cukup untuk saya menggerakkan diri saya bagi terus beribadah kepadaNya." [m/s 196 & 197]

aku sangat tertarik dengan pandangan beliau ini.. Ia telah membetulkan persepsi aku untuk berasa ikhlas menyembah Allah.. Menyatakan maksud tujuan sebenar kenapa kita menyembah Allah..

Wallahua'lam.

Ada masa lagi saya share lagi k ^___^

No comments: