Monday, August 30, 2010

selamat hari merdeka malaysia!

sudah 53 tahun malaysia merdeka.. kita telah kecapi banyak kemajuan, terlalu banyak perubahan.. tetapi sayang, di sepanjang perjalanan itu, kita terlupa untuk mengekalkan apa yang patut dikekalkan.. kita membiarkan nilai jati diri hanyut demi mencapai objektif perancangan..

tahukah korang berapa ramai rakyat malaysia (aku tak mahu fokus kepada satu kaum sahaja sebab semua pun terlibat sebenarnya) yang sekarang ini sedang bersuka ria mengira countdown di kelab2 malam? berapa ramai yang sekarang ini sedang berdua2an di tempat yang tersembunyi untuk melampias nafsu masing2? tahukah korang berapa ramai rakyat malaysia yang kini tidak beragama dan semuanya hidup berlandaskan nafsu dan akal (ya, akal yang mereka sangkakan genius tetapi sebenarnya kosong) semata2?

kita mungkin merdeka dari penjajah.. tetapi kita tidak pernah merdeka dari nafsu dan kejahilan sendiri..

inikah merdeka yang kita banggakan? *shrugged*

No comments: