Wednesday, April 20, 2011

perihal ulama dan maksud pemurah

Rabiatul Adawiyah
Perindu Cinta Abadi
Zahiruddin Zabidi
m/s 219 & 220



Sufian al-Tsauri pernah berkata, "Ulama yang dibayangi oleh kuasa pemerintah adalah pencuri. Manakala ulama yang menyandarkan dirinya kepada orang kaya adalah munafik."


*******


Rabiah bertanya, "Mengikut pandangan kamu, apakah yang dimaksudkan dengan pemurah?"

Lama berfikir, baru Sufian al-Tsauri menjawab.

"Pemurah itu maksudnya tidak bakhil dalam berkongsi harta yang dikurniakan Allah."

"Salah!"

Sufian al-Tsauri terkedu, lalu dia terus bertanya, "Sekiranya begitu, apakah maksud pemurah pada pandangan kamu?"

"Pemurah itu maksudnya apabila kita mengabdikan diri semata-mata kerana mengharapkan cinta daripada Allah. Pada masa yang sama, kita tidak sekalipun mengharapkan sebarang balasan daripadaNya."

"Maksudnya kita hanya perlu beribadah kerana mengharapkan keredhaanNya dan bukan balasanNya?"

"Benar," jawab Rabiah ringkas.

"Sekiranya begitu, apakah pula landasan yang menjadi dasar kecintaan kamu kepada Allah?"

"Sesungguhnya saya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah bukan kerana mahukan syurgaNya dan juga bukan kerana takutkan nerakaNya."

Sufian al-Tsauri kemudiannya melahirkan rasa prihatin kepada Rabiah. Katanya, "Saya berasa sungguh terharu dengan apa yang kamu lakukan."

Rabiah menjawab, "Jangan kamu berbohong wahai Sufian, sesungguhnya kamu hanya berasa sedih dan bukannya prihatin. Sedih yang banyak akan meragut kebahagiaan dalam hidup."

2 comments:

Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi said...

Assalamualaikum, syukran kerana sudi membaca novel RA. Semoga beroleh manfaat. :)

Selain daripada RA, ada juga Aminah dan Fatimah selain sebuah novel perjuangan dakwah Nian Hati Salsabila.

Teruskan membaca, kerana dengan membaca kita akan setakah di hadapan orang lain. paling penting, membacalah dengan mengharap redha Allah.

Wassalam.

Zahiruddin Zabidi
www.kalamkhalifah.com

whitelilies island said...

waalaikumussalam.

terima kasih banyak2 kerana sudi singgah di sini. novel RA memang sangat inspirational. banyak persoalan yang terjawab, membuatkan saya melihat cinta kepada Tuhan dalam dimensi yang tak pernah saya lihat sebelum ini. terima kasih.

saya berharap dengan perkongsian tulisan dari novel RA ini dapat membuka hati orang lain untuk membacanya dan menyelami kecintaan kepada Allah swt.

terima kasih sekali lagi.

p/s: saya pasti akan dapatkan novel anda yang lain.. insyaAllah :)