Sunday, April 17, 2011

shopping (lagi) di PC Fair

fuuhh penat betul berjalan2 kat PC Fair semalam.. tak expect pulak PC Fair kat situ sangat BESAR!! first time pergi yang buat kat KLCC.. tawaf sampai dua kali semata2 sebab tak boleh naik lif dan semua jalan sehala.. gila penat kaki.. tapi dalam penat2 tu juga sempat la rembat barang2 yang diidam2kan.. hehe..

gaji belum masuk dah habis.. camno?? T_________T

lari dari tujuan sebenar.. pergi situ nak cari iPad untuk abah.. tapi model iPad yang dia nak dah takde stok.. so beli je la Galaxy Tab..


~sekali sekala Ada nak pinjam boleh kan? ehehe :P ~


aku sebenarnya seorang yang gila electronic gadget.. i am willing to spend more than usual just for a, let say, headphone just because i am particular about the bass and the design.. the sound of music must be perfect, as so i can enjoy music to the fullest.. it is a way for me to pay my respect to the brilliant composers..

ok fine, ALASAAAANNN bahahahahaha :P

tu la.. bahaya betul pergi tempat2 macam ni.. keinginan mengatasi keperluan.. duit yang aku simpan boleh terbang macam tu je..

satu lagi yang aku gila adalah kasut.. i am willing to pay more for shoes compare to seluar, baju or tudung.. for me, kasut memainkan peranan penting in my style.. baju seluar cikai pun takpe janji kasut high class.. baju corak bosan pun takpe janji kasut standout.. yeah, my style is like that.. sebab tu la kalau korang perasan, banyak juga gambar kasut aku yang aku tangkap sebagai personal collection.. hehe..


~currently, this is favourite.. sangat selesa!~


i think enough la kot for gadgets.. rasanya semua yang aku nak dah ada.. sekarang ni nak target upgrade MoMo.. err MoMo is the name i just gave to my camera.. dah 2 tahun bersama MoMo baru nak bagi nama.. cian dia.. hehe..


~inilah MoMo yang telah banyak berjasa! terima kasih MoMo kerana masih setia bersama saya.. i love you more and more everyday! ^___^ ~


kenapa MoMo? idea tu dapat dari cerita My Lovely Samsoon.. sangat suka cerita tu sampai burned in my head and i still can recall (most of) every scenes of the drama!! lagipun dah minta semua orang vote, dan voters ramai vote MoMo.. so ok la kot.. hehe


~nama MoMo terilham dari si babi yang comel ni! hahahah.. ya, aku sangat suka patung babi yang comel macam ni.. kalau nak bagi present stuffed toys kat aku bagi la babi, takpun anjing.. at least tak payah samak.. ehehehe [source]~


perjalanan aku dengan MoMo masih panjang.. masih banyak yang aku nak explore dan belajar.. selama ni tangkap gambar macam SS je (Syok Sendiri.. heheh).. semangat berkobar2 ni nak belajar.. huhuhuu..

wish me luck! (^___^)V


~sebut betul2.. MoMo. bukan Momok. :\

No comments: