Tuesday, February 28, 2012

kaw kaw punya burger beb!!

lama jugak kan aku tak buat entry pasal tempat makan.. banyak sebenarnya tempat makan yang aku pergi.. tapi aku je yang kemalasan nak transfer gambar segala..

kita pelan2 kayuh la senang cerita.. start with my recent-founded eating place...


date: 24/2/12
venue: Burger Bakar Kaw Kaw, seksyen 2, wangsa maju


ooohhh siyesly ingatkan shah alam je yang ada seksyen 2!!! ekekekeke..

my old friend (panggil old sebab dah lama tak jumpa.. bukan sebab dah lama kenal atau dia seorang warga emas okeh.. sila ambil nota) ajak datang kat kedai ni sebab dia selalu dengar pasal kesedapan burger home-made beef patty kat sini.. dan yang mengujakan sekali adalah burger patty dibakar!


 ~patty yang baru letak atas alat pembakar~

~patty yang dah siap dibakar disusun atas rak (boleh ke panggil tempat tu rak? aahh gasak la labu)~

~mamat ni tengah gumpal2 daging untuk buat patty.. mesin patty dia comel jek~


aromanya memang tak payah cakap la.. perut kenyang pun boleh jadi lapar!!

ambil order memang cepat.. tak payah beratur panjang pun.. cuma nak tunggu turn order siap je la memang azab ya rabbi.. menduga kesabaran iman tahap cik babs..

order placed: 9.30pm
order received: 11.30pm

muka masa ambil order memang dah tahap lidah terjelir air liur meleleh.. kalau korang betul2 lapar baik pergi makan kat tempat lain dulu.. burger ni sesuai dibeli untuk santapan night snack sahaja kot..

kena datang awal la kot kalau nak cepat siap kan.. jadi the first 5 or 10 customer ke.. nanti2 la kot aku try cepat ke tak burger siap kalau datang awal.. hehehh.. stall buka dari pukul 7pm sampai lewat malam (pukul 2am atau sehingga patty habis)..

gambar double cheese burger tak sempat snap sebab kelaparan tahap cik babs.. bedal depan tv gelak2 sambil tengok KBSW 2 Days 1 Night.. tetiba je burger dah habis (pastu menyesal tak beli tower burger erkkk -__-" )

boleh tengok kat sini rupa paras burger tersebut.. kat sini pun boleh..

kedai dia simple je.. bawah pokok je.. kalau nak dine in pun boleh tapi meja tak banyak la.. dapat pulak customer yang order tower burger, patty sampai doblas.. agak2nya berapa minit dia nak melangut kat meja tu? tu belum campur berapa minit dia minum berapa minit dia sendawa berapa minit dia lepak2 hisap rokok sambil layan perut hadam patty yang ke doblas...kan?

watever it is, it is worth to try.. sangat sedap! khabarnya diorang akan buka cawangan stall kat puchong.. aku nak suggest bukak kat seksyen 7 shah alam la.. kot2 boleh aku kerja part time ke kan.. ekekekke ;-P

2 comments: