Wednesday, May 9, 2012

another random post

macam biasalah.. penceritaan maya sepi.. sedangkan tuan punya badan sudah terbang hilang di sebalik kesibukan jadual harian..

aku alhamdulillah so far sihat tanpa sebarang kesakitan teruk.. cuma kemalasan bersenam je melanda diri.. kerja macam biasa, bila dah start masuk Q2 busy dia macam spike tahap saham company baru announce projek tahap billion2 USD.. sungguh tak aci..

bertambah pulak lagi dengan personal projek yang baru mencapai progress 15% (kiraan kasar).. since ada antara projek tersebut perlukan masa untuk picture editing, maka dengan itu, ada beberapa perkara terpaksa diketepikan buat sementara waktu..

so far ada 2 personal project yang sedang berjalan serentak.. tak tau kenapa aku biarkannya berjalan serentak.. tamak? :-\

bukan kot.. lebih kepada semangat kreativiti berkobar2 untuk diluahkan.. kalau tak lepas mau meletup di dalam.. tak elok, nanti berbau hangit.. kalau tak meletup langsung diperam lantas berbau kepam :-D

tu belum kira projek jalan2 yang dah start berjalan dari awal bulan lepas.. minggu ni bakal berjalan lagi, insyaAllah, tapi kali ni kerana tuntutan kerja.. oh tadi bos sudah hint mungkin akan perlu berjalan lebih kerap lagi tahun ini.. kalau boleh minta dielakkan.. please Allah give me a simpler way of doing it.. amin..

punya tak nak kaann.. hahahaa.. tapi kalau tak diizinkan Allah untuk menyudahkannya dengan jalan senang, insyaAllah aku akan tetap mengharung jalan yang susah itu.. semoga dipermudahkan segala urusan.. amin.

sedang dalam proses belajar guna Microsoft Office OneNote.. noob gila baru nak belajar la ni.. tapi kalau guna kat PC tablet / Galaxy Note lagi menarik kot..

sedang berkira2 personal expenses setiap bulan.. terpaksa buat catuan perbelanjaan.. jadi tahun ni harus hidup dalam serba kesederhanaan (tahun ni je ke yang? aiyaa apa macam ini) ..

juga sedang berkira2 soal kesihatan dalaman jangka panjang.. lately dah banyak awareness tentang pemakanan mengikut ajaran Islam diketengahkan.. terus terbuka mata dan tersedar diri.. betapa indahnya Islam.. definitely a way of life..

masih menjadi pemerhati politik dari jauh.. enuff said.

sedang mula menggagahkan diri masuk photography contest.. cubaan pertama untuk tahun ni sudah menampakkan hasil (nanti aku cuba cerita lebih lanjut di lain entry) .. mungkin harus terus konsisten sertai supaya dapat tau tahap skill sekarang dan kemajuan yang perlu dibuat..

eh panjangnya.. dah masa tidur.. jom!

No comments: