Sunday, August 12, 2012

misi aiskrim BR free

date: 8/8/12


sebelum misi tersebut dijalankan, aku dan rakan2 seperjuangan menikmati juadah berbuaka puasa di ofis..

menu; nasi arab kambing dari restoran syed, bangsar.. fuuhh terbaik!!


~daging kambing yang sangat lembut! kuantiti nasi yang banyak tetap dihabiskan.. saiz diameter perut yang bertambah dua inci seinci tetap tidak menghalang "misi aiskrim BR free" dijalankan~


~makan dalam bilik meeting VP.. kau hado?? ekeke.. yang tengah2 tu bday boy.. celebrate sekali bday dia la kiranya~


aku dan rakan seperjuangan tiba di target location dalam pukul 9pm..


~hamek kau line panjang gila sampai ke luar jalan! nasib baik BR kat bangsar jalan telawi ni sangat sistematik.. walaupun line panjang tapi tunggu setakat 15 minit je.. aku dengar cerita kat tempat lain sampai sejam! masa aku sampai ni, menurut pekerja BR tu, the first allocation for 500 customers dah habis.. kiranya aku adalah termasuk dalam second allocation for another 500 customers.. i was like, "WOW".. tu je yang mampu terluahkan~


~i chose total eclipse of the heart flavour~



~raya lagi berapa hari je wehh! cepat betul masa berlalu.........

No comments: