Sunday, October 2, 2011

syawal 2011

since syawal baru je pergi meninggalkan kita, nak cerita serba sikit la pasal suasana raya sepanjang bulan syawal tahun ni..


~menu utama untuk tetamu; mee rebus resipi pn faizah.. lagi sedap dari mee rebus ramli.. kali ni memang habis tak sempat bawak ke shah alam.. so orang ipoh je la yang sempat rasa.. hehe.. menu wajib sejak 3-4 tahun yang lepas.. mak kata nak tukar menu lain pulak tahun depan.. tapi kalau abah kata nak jugak mee rebus memang tak dapatnya la nak tukar.. ehehe~


~orang surau datang takbir dari rumah ke rumah pada malam sebelum raya.. memang dah jadi adat kat kampung ni.. every year orang surau tak pernah miss datang ke rumah untuk takbir raya.. kepada para calon, sila bersedia untuk join team surau takbir raya ya.. wajib!~


~semasa sesi jalan2 beraya ke rumah jiran2 yang berdekatan.. setiap kali lepas solat raya, lepas salam2 dengan family kat rumah, terus pergi rumah jiran2 beraya.. then baru balik kampung jumpa opah~


~hari kedua raya, melawat kakak abah; makcik umi kat batu gajah.. kalau nak tau, ini lah owner kicap brand "mesra pak abu".. pakcik abu tu laki makcik umi la.. kicap ni famous kat batu gajah je.. perusahaan kecil2an kat rumah je~


~open house kat rumah ex-boss di subang.. first time sampai kat rumah dia.. tahun lepas tak dapat datang sebab clash; event open house kami sama tarikh.. hehe~


~open house kat rumah kak hanim di ulu yam.. haruslah gambar makanan yang paling besar kaan.. ehehe.. kagum sebab dia hidang makanan lauk tengahari siap ada pucuk ubi lagi.. kelas gitew.. selain dari tu ada mee dan bihun untuk makan dengan sup tulang.. ye kawan2 sup tulang.. bubur pun ada jugak.. kalau ada award untuk the best open house, rumah kak hanim la yang menang tahun ni.. hikhik~


~yang ni bukan open house tapi memang dah janji dengan kak icha nak datang rumah dia.. tujuan sebenar adalah nak makan the famous satay hut kat kuala selangor.. to be precise, tanjung karang la kot.. sebelum gerak ke sana, makan dulu dessert hasil tangan kak icha yang menang the best dessert kat sekolah tempat dia mengajar.. sedap wooh.. siyes boleh jual!~


~sate kat satay hut memang terbaik! ada 2 saiz sate; kecil dan besar.. saiz kecil adalah normal saiz sebenarnya.. sama besar dengan the famous sate hj samuri.. so aku pun tak boleh la nak bayangkan saiz besar dia besar mana.. makan lima cucuk pun dah cukup kot.. ABC dia pun special.. memang puas hati makan kat sini.. recommended!~


next is suasana sambutan raya di ofis.. the whole division buat pada masa yang sama di ofis deparment masing2.. konsepnya adalah jalan2 beraya dari ofis ke ofis.. nice idea sebab masa ni la kitorang boleh ambil kesempatan melawat ofis kawan2 dari department yang lain kan.. tapi rasa macam nak cut cost pun ada jugak.. errkk...

takpe la.. meriah dalam kesederhanaan...


~the kewl peeps~



~the desserts were brought by the kewl peeps.. macam2 ada! tapi for me, the best dessert is pavlova, as in the center of the picture.. home-made by hanida.. gebu2 sama macam chefnya.. nyumnyum~


~the main menu; nasi putih & nasi hujan panas, ayam masak merah, kari daging, jelatah.. selain tu ada bakso, soto, spaghetti goreng, lemang, rendang ayam dan laksam..


~antara suasana sambutan raya di ofis department yang lain~


seterusnya adalah jamuan raya company...


~anatara the kewl peeps yang join the jamuan~


antara artis yang datang...


~A.G sebagai hos~


~usop wilcha pun sebagai hos~


~boyband ala2 k-pop; forteen dan ika mentor.. dua2 dari KRU studios, promote lagu baru diorang.. ika mentor tu siyes aku tak kenal.. forteen tu aku kenal lagu je.. memang aku suka lagu diorang; berdua bersatu~


forteen memang kiut.. especially mamat ni...


~kiut gileeeerrrrr okeh.. tapi aku pun tak pasti nama dia apa.. hahahaha.. pose special for my camera.. dia tau aku tengah focus lens aku kat dia kot.. bahahahhahahahhaha~


actually banyak lagi open house yang lain yang aku pergi tapi tak tangkap gambar.. biasa la kalau dah nampak makanan memang malaaaassss nak tangkap gambar.. hehehh.. tapi rasanya tahun ni paling banyak open house yang aku pergi.. hampir semua invitation aku pergi.. gila beraya sakan.. la ni dok pikir lagu mana nak kempiskan perut yang dah makin boyot nih.. adehhh...

lebih kurang macam tu je la pun sambutan raya tahun ni.. takde pun baju baru.. pakai baju yang sama je masa kenduri nurul hari tu.. baju baru pakai masa jamuan raya ofis je.. baju dah siap tapi aku yang tak sempat ambil since kena outstation.. balik dari kuching terus balik ipoh.. mana sempat nak singgah ambil baju kat klang..

anyway, kepada semua tuan rumah sekalian, terima kasih banyak2 diucapkan di atas jemputan dan makan minum yang korang sediakan.. sedap2 belaka.. terima kasih buat kak lisa, kak hanim, kak mala, kak pija, kak shima, mami, farah budak custcare, kawan dila, ain and last but not least, kak icha.. jangan serik ajak datang rumah lagi yek.. hehe..

^_____^

1 comment:

wanita mutalib said...

nak jumpa usop ngn ag gak ngeee