Monday, December 10, 2012

aku suka pergi stadium tengok bola

selalunya aku pergi sebab sokong national team.. pergi dengan geng Team Malaysia.. kalau pergi sendiri alamatnya jadi macam yang pernah aku cerita sebelum ni.. so baik aku pergi dengan diorang.. pergi balik naik bas.. tak payah fikir susah2..

kenapa aku suka pergi stadium?


sebab #1:
ada peluang tengok player dari dekat!! ohsem betul perasaan bila dapat tengok diorang beraksi..


~tengah warming up [photo credit: Karim Kasmuthy]~


 ~mat yo! the sexiest footballer in human history.. eh ter-exxagerate pulak.. ekeke [photo credit: Karim Kasmuthy]~


 ~badrol bakhtiar [photo credit: Karim Kasmuthy]~


~rita aidil [photo credit: Karim Kasmuthy]~


sebab #2
boleh meluahkan rasa patriotik kat sini.. kibar bendera Malaysia dengan perasaan megah.. nyanyi lagu Negaraku dan lagu2 patriotik yang lain kuat2 dengan perasaan bangga..

dulu nak jadi askar mak tak bagi.. jadi penyokong Team Malaysia pun boleh laa.. ekekeke..



~gambar sebelum feeling patriotik.. sebab bila dah feel muka jadi serius (konon! hahaha) [photo credit: Karim Kasmuthy]~


sebab #3
bila dengar lagu Negaraku dinyanyikan oleh seluruh penonton, feel dia lain macam.. dengar gema suara cukup buat bulu2 roma semua naik.. pastu terasa adrenaline rush..

masa ni kalau Rajagopal panggil turun padang suruh main pun aku sanggup.. padahal naik tangga setingkat pun dah lenguh kaki.. experience setakat main futsal.. ekekeke..



~ultras malaya is chanting their cheers [photo credit: Karim Kasmuthy]~


~penuh! bayangkan beribu2 manusia ni menyanyikan lagu Negaraku dalam stadium.. memang lain macam feel dia [photo credit: Karim Kasmuthy]~


sebab #4
bila team kita gol, boleh jerit2 lompat2 sepuas hati.. takde siapa nak marah.. tak perlu malu2.. sebab semua orang pun buat..

kalau buat gaya gini kat rumah or kedai mamak, memang orang chop ko poyo der.. hahaha.. eh aku la tu chop orang gitu.. ekekeke..


sebab #5
ramai lelaki hensem weh!! puas cuci mata kat sini.. kat sini la baru aku percaya lelaki hensem dan tinggi masih wujud di Malaysia.. hikhik..

eh gambar sample takde ya harap maklum.. aku bukan stalker.. haruslah aku buat muka bajet jual mahal walaupun mata suka sakan tengok diorang kaan.. ekeke..


sebab #6
ada peluang muka keluar paper weh! cas retis gitu.. boleh la bajet one-day-famous sebelum later on terjumpa muka aku kat nasi lemak.. tu pun nasib baik la buat balut nasi lemak kaan.. tu belum lagi apek (bukan nama sebenar) guna buat lap tuuuttt.. ok sila jangan teruskan.. next!


~close up weh! ko hado? ekeke.. [metro 29 November 2012 m/s 91]~


~atau mungkin ramai2 begini.. lalu muka bertukar menjadi penumbuk T_T [berita harian & kosmo 10 Disember 2012.. ihsan gambar: geng Team Malaysia]


sekian.. wassalam.

1 comment:

kueh bakar said...

wah hebat! ye sebab tu juga aku suka gi staium...feel dia lain macam..

kueh