Tuesday, January 29, 2013

yakin

lazimnya, semangat di awal perjalanan memang hangat membara, berkobar-kobar..

kemudian menyejuk di pertengahan jalan..

semakin lama semakin sejuk..

jikalau bertuah (ya, aku kirakan ini sebagai tuah), ada sesuatu kejadian yang membuat kita sentap dari lalai..

lantas perancangan direncana semula..

semangat dibakar semula..

perjalanan diteruskan semula..

begitulah rutinnya..

jikalau tidak bertuah (atau kurang barangkali), semangat itu mati terus..

kalau sudah dikuburkan impian, amat sukar mahu dihidupkan semula..

namun, semuanya bergantung kepada kemahuan sendiri..

pokoknya, apa jua pilihan, kita yang harus putuskan..

dan setiap keputusan itu, jangan sesekali disesali..

kerana setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya..

yakinlah sepenuhnya!

No comments: