tadi telah berlaku satu kejadian kecemasan dalam bilik air.
aku trauma.
*
*
*
*
*
*
suspense tak? ehehehe...
hari ni aku ada training kat sebuah kolej di jalan semarak.. lepas break (before lunch) sebelum masuk semula ke kelas, aku pergi toilet dulu.. kawan2 yang lain dah masuk kelas balik.. perut dah penuh sangat minta dikosongkan segera.. mana mungkin aku tunggu kan.. hehe...
sedang aku sibuk melapangkan ruang perut, ada 2 orang perempuan masuk.. rupanya diorang pun sekelas dengan aku.. selepas one of the girl keluar dari toilet sebelah aku, tiba2 aku dengar dia menjerit.. panggil2 nama kawannya.. lepas tu aku dengar dia keluar minta tolong.. aku langsung tak dengar suara kawannya yang sorang lagi tu.. aku memang dah saspen gila!
elok je aku buka pintu toilet, aku tengok perempuan yang dari tadi tak bersuara tu dah terbaring atas lantai.. satu badan kejang.. yang kedengaran cuma suaranya mengeluh ala2 bunyi lembu.. aku dah cuak tak tau nak buat apa (aku dah terfikir kemungkinan kena rasuk!).. orang yang datang nak menolong pun tak tau nak buat apa..
tapi aku makin cuak bila ada darah+air liur mengalir keluar dari mulutnya.. yes, confirm dia kena sawan.. dia gigit lidah dia sebab tu la berdarah.. kebetulan yang datang tolong tu adalah orang2 kafe yang sedang tolak troli, ada pinggan cawan sudu dan garfu di dalamnya.. aku pun pantas ambil sudu dan masukkan dalam mulut perempuan tadi (ni atas arahan orang2 kafe tu).. orang kafe tu (ada 2 orang - lelaki) sibuk gosokkan tapak kakinya..
lepas 2 minit kot, perempuan tu mula gain conscious.. aku lapkan mukanya dengan air (ni pun atas arahan orang2 kafe tu).. perempuan tadi diangkat ke dalam bilik berdekatan yang kebetulan ada air-cond.. kawannya tadi dah telefon kakak perempuan tu, yang rupanya seorang doktor di hospital tentera berdekatan.. katanya, kakaknya akan datang dengan ambulans..
aku? bila tengok keadaan dah tenang, aku balik ke kelas.. tangan aku sejuk.. ya, bila aku nervous tangan aku akan sejuk macam takde darah..
dalam kelas, aku sedar betapa jahilnya aku dalam ilmu rawatan kecemasan.. mak abah kerja hospital, tapi anak tak tau apa2.. malu ok??!!
azam baru tahun ni (tiba2 muncul) : persiapkan diri dengan ilmu rawatan kecemasan.
tadi aku google tentang sawan ni.. i found this.. perempuan yang kena sawan tadi telah mengalami sawan menyeluruh / generalise.. antara panduan rawatan kecemasan yang aku jumpa:
- http://bantumula.blogspot.com/2010/06/sawan-dan-epilepsi.html
- http://pheonixrajawali.blogspot.com/2009/04/sawan.html
apa2 pun, satu perkara yang aku amat pasti kini:
JANGAN letakkan objek ke dalam mulut pesakit seperti sudu atau kunci.
Ini hanya akan menyebabkan kecederaan kepada mulut dan lidah.
deym.
harap2 perempuan tadi tu ok T_______T
~kita harus sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
2 comments:
salute lah kat ko sbb w/pun suspen, ko msh lg berani tlg minah tu..
ko training apo beb..?
terpaksa beb, atas dasar perikemanusiaan.. ikutkan takut aku dah cabut dah.. ahaha!
aku training HSBB product smlm..
Post a Comment